PETUA SENI

Penjagaan Kesihatan,Masakan,Kecantikan Luar dan Dalam serta Keluarga

Wednesday, February 07, 2007

SAKIT KEPALA

Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau Makanlah daun pokok Peria atau Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk

MENURUNKAN DARAH TINGGI

Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
Makanlah biji buah Peria atau
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang

SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA

Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena