PETUA SENI

Penjagaan Kesihatan,Masakan,Kecantikan Luar dan Dalam serta Keluarga

Thursday, September 21, 2006

Hilangkan Kesan Kuning Di Permukaan Bantal

Tompok-tompok kuning di permukaan bantal sering menjadi masalah untuk dihilangkan. Bagi mengatasinya anda boleh cuba petua ini. Sapukan bedak talkum di atas permukaan bantal tadi dan biarkan seketika, kemudian cucilah seperti biasa. Insya-Allah tiada lagi kesan kuning-kuning yang ditinggalkan.

Wednesday, September 13, 2006

Khasiat Daun Lidah Buaya

Jika anak terluka menyebabakan darah mengalir tidak henti, tindakan segera yang patut diambil ialah dengan menyapu lendir daun lidah buaya atau aleo vera. Lumurkan di bahagian terkena luka tersebut insya-Allah darah akan berhenti mengalir dan luka akan tertutup. Selain dariapda itu, daun lidah buaya juga dapat diguna sebagai perapi kulit dan juga merawat parut dan jerawat.

Monday, September 04, 2006

Putih Telur Rawat Kulit Melecur

Apabila ada anak kecil, ibu perlu lebih berhati-hati dengan keselamatan anak dalam rumah terutamnya di bahagian dapur. Dalam berhati-hati, anak masih ditimpa kemalangan, jangan panik. Salah satu kemalangan yang sering berlaku ialah terkena air panaas atau minyak panas. Yang lazim kita gunakan ialah ubat gigi atau krim (ubat) untuk menghilangkan lecur pada kulit atau tangan anak. Petua saya, ambil sebiji atau dua biji telur ayam, pecah ambil putih telur sahaja kemudian sapukan putih telur itu pada kulit yang melecur, sapukan rata-rata. Ulangkan sehingga kulit merasa sejuk. Anda akan lihat tiada kesan langsung pada kulit yang melecur tadi.

Sunday, September 03, 2006

MADU DAN LIMAU NIPIS HILANGKAN BATUK


Sebelum mendapat rawatan doktor, anda boleh mengamalkan petua ini jika anak batuk. Ambil sebiji limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah asli. Beri anak minum. Ia boleh diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Bagi ibu bapa yang menggunakan tenaga fizikal setiap hari, amalkan makan telur separuh masak bersama-sama campuran madu ini. Insya Allah kita akan sentiasa rasa bertenaga.