PETUA SENI

Penjagaan Kesihatan,Masakan,Kecantikan Luar dan Dalam serta Keluarga

Friday, July 14, 2006

HALBA MEMBERI AROMA PENGUBAT DERITA

Bagi penggemar masakan mamak dan India, halba memang tidak asing lagi. Seumpama gandingan cili padi dengan tomyam, begitulah kepentingan halba dalam kari. Keperluannya dalam masakan bukan dalam jumlah yang banyak. Hanya sesudu kecil sudah cukup memperisa dan menaikkan aromanya.

Sesungguhnya halba banyak kegunaanya kepada kaum wanita terutamanya bagi ibu yang lepas bersalin. Halba mengandungi sejenis hormon dipanggil Presursors boleh membantu menambahkan susu bagi ibu menyususkan. Selain itu untuk menghasilkan pil pencegah hamil.

Bidan kampung biasanya menggunakan halba untuk dijadikan perawatan perempuan selepas bersalin bagi memanaskan badan. Dijadikan sebahagian daripada ramuan rempah mandian terutamanya untuk mewangikan bau badan. Selain itu ia juga dijadikan tangas untuk mengecutkan rahim.

Apabila direndam semalaman halba akan terasing daripada kulit arinya dan boleh menghasilkan losyen pelembut atau ubat jangkitan kulit. Bg penggemar berambut kerinting, boleh cuba petua murah ini. Amalkan mencuci rambut sekerap yang mungkin dengan halba tujuannya untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan melancarkan perjalanan darah di kulit kepala. Selain itu halba menjadi penawar paling mujarab untuk membuang angin dan mengatasi masalah perut sebu.....

1 Comments:

At 1:44 AM, Blogger laman seni said...

Terima kasih dengan petua ini. selama ni saya tidak mengetahui akan khasiat halba.

 

Post a Comment

<< Home