PETUA SENI

Penjagaan Kesihatan,Masakan,Kecantikan Luar dan Dalam serta Keluarga

Tuesday, June 27, 2006

KHASIAT KULIT PISANG

PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

KELADI TIDAK GATAL

Ramai suka memasak gulai keladi, tetapi yang menjadi masalah ia selalu gatal apabila ia dimakan. Sewaktu merebus keladi, masukkan sebatang paku besi (yang bersih) dan pinang. Insya-Allah , keladi yang dimakan tidak gatal lagi.

Sekiranya hendak makan keladi goreng boleh juga direbus dahulu barulah digoreng dengan tepung seperti biasa insya-Allah tidak gatal. Cubalah........

MENGURANGKAN SAKIT TEKAK

Apabila sakit tekak, seseorang mengalami kesukaran tidur waktu malam kerana kerongkong rasa tersekat dengan lendir. Untuk mengurangkan kesakitannya dan mempercepat ia sembuh, cuba petua ini.

1. Potong sedikit limau nipis atau limau kasturi
2. Perahkan airnya ke dalam mulut sebelum tidur, jangan makan apa-apa selepas itu.

Untuk lebih cepat sembuh, selepas sahaja air limau diperah ke dalam mulut, anda perlu terus tidur.

MENGEMPISKAN PERUT

Perut buncit apabila berat badan bertambah atau selepas melahirkan ramai anak, boleh diatasi dengan menggunakan sesenduk abu arang daripada kayu bakau, dicampur seketul asam jawa. Bancuh bersama sedikit air hingga sebati, kemudian sapu pada seluruh perut sebelum tidur malam. Barut perut kemas-kemas baru tidur. Amalkan selalu supaya perut cepat kempis.


Selain itu boleh menggunakan sebiji limau nipis bersama dengan kapur. Sapu dibahagian perut setiap hari. Insya Allah .......

Monday, June 12, 2006

AKAR PANDAN LEMBUTKAN DAGING

Memasak daging memang rumit. Kadangkala mengambil masa yang agak lama. Namun demikian, ada beberapa cara bagi menjimatkan masa. Caranya, ambil beberapa kerat akar pandan, kemudian rebus akar pandan tersebut bersama beberapa daging selama setengah jam. Kemudian, masak daging seperti biasa. Insya-Allah, anda akan dapat nikmati daging yang lembut dan lazat. Selain itu, merebus daging dengan tebu ,betik muda atau tempurung kelapa juga boleh melembutkan daging. Cubalah sendiri anda akan lihat kesannya.

ENSIKPOPEDIA KECANTIKAN


Temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorrhiza merupakan spesies kunyit yang tumbuh liar. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengeluarkan bau yang wangi.

Kegunaan Dan Khasiat Temulawak

Rheumatik dan kesakitan pada otot.

  • Ubat demam
  • Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
  • Penyakit kulit
  • Menghilangkan kekejangan dan
  • mengelakkan berulang
  • Buasir
  • Sembelit
  • Batuk dan demam pada kanak-kanak
  • Masalah keputihan jangkitan kulit
  • Penyakit kencing manis
  • Gastric



Cara penggunaanya diparut dan diambil airnya sebelum makan. Selain itu, dapat melancarkan penghadaman makanan dan dikatakan menjadi ubat kepada kanser pangkal rahim dan mencergaskan tubuh badan.

Di Jawa Tengah masyarakat di sana dipercayai memberi ramuan ini kepada kanak-kanak yang kurang selera makan. Serta temulawak ini boleh dijadikan jamu yang dapat membantu memperlambatkan proses penuaan, menghilangkan bintik hitam di wajah serta menjaga kelenturan tubuh. Terutama sekali kepada wanita yang baru bersalin amat elok meminum nya.

Di Malaysia pula biasanya temulawak kering digunakan untuk merawat sakit dada, demam, cirit birit dan inflamasi. Caranya adalah dengan merebus temulawak tersebut di dalam minyak. Daun yang kering boleh digunakan untuk tonik dan julap.

Secara klinikal, khasiat tumbuhan ini mengandungi minyak pati yan memang membangkitkan selera makan, membersihkan perut dan memperbentukkan dan juga memperlancarkan pengeluaran air susu ibu. Selain itu mengubati penyakit hati dan demam kuning.

Walaupun banyak kegunaan temulawak namun peringatan kepada wanita hamil terutamanya. Jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan penecutan rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin di peringkat muda kehamilan. Selain itu kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin menyebabkan ulser pada usus.

Mencuci Pakaian Terkena Karat



Ambil limau nipis kemudian dipotong dua dan dikeluarkan biji-bijinya. Selepas tiu gosokkan limau tersebut pada tanda karat. Rendamkan pakaian anda ke dalam air yang bercampur sedikit garam serbuk. Setelah tanda karat itu hilang, basuh, bilas dan keringkan seperti biasa.

Hilangkan sakit digigit Lipan atau Kala Jengking

Caranya cukup mudah dan mudah dicari bahan-bahannya. Ambil cuka dan garam kemudian dicampurkan kedua-duanya hingga sebati. Selepas itu gunakan bahan tersebut untuk disapu atau direndam pada tempat gigitan tadi. Insya-Allah bengkak dan sakit beransur kebah.

Tumit kaki Cantik & Mulus

Petua ini saya ambil dari zaman remaja lagi. Jika kulit kaki kasar dan pecah ambil buah betik muda lalu potong di bahagian hujung belakangnya. Ambil getahnya dan sapukan pada tempat yang pecah dan kasar dan biarkan sehingga kering. Sentiasa amalkan petua ini, Insya-Allah hasilnya pasti memuaskan.

Sunday, June 11, 2006

Gambir Atasi Jari Pecah

Setengah daripada wanita mengalami jari-jari pedih di tangan dan kaki. Bagi mengatasinya ambil sedikit gambir, basuh bersama santan kelapa, kacau rata hingga sebati. Kemudian sapu kepada bahagian jari yang pecah.

Friday, June 09, 2006

Petua Seri Muka

Petua Pertama ialah SENTIASA SENYUM SELALU walaupun dalam kebimbangan.....
Beras Kunyit boleh menegangkan kulit muka terutamanya yang berjerawat
Caranya rendamkan beras semalaman dengan air. Kemudian tumbuk beras yang sudah direndam bersama kunyit hidup 2 inci sehingga lumat dan perahkan sedikit air limau nipis. Seterusnya bentuk kan bulat sebesar 20 sen dan jemur di cahaya matahari. Gunakan waktu malam untuk tidur setiap hari anda akan rasa kenikmatannya.


SELAMAT MENCUBA...................

RAHSIA PETUA

Petua adalah satu seni di mana setiap orang pasti memerlukannya. Ia merupakan satu idea yang luar biasa yang kadang kala kita tidak tahu cara menggunakannya. Untuk mengetahui rahsia petua luar biasa ini rajin-rajinlah melayari web site ini. Petua ini bukan sebarangan tetapi dikarang khas oleh orang yang berpengalaman. Ia akan membantu anda menyelesaikan masalah terutama anda, keluarga, dan sahabat handai. SELAMAT MENCUBA.................