Wednesday, February 07, 2007
SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena
Friday, November 03, 2006
MENTEGA MENCEGAH BARAH MULUT
Selalunya mentega digunakan dalam masakan untuk membuat kuih, mentega membuatkan masakan lebih enak lagi, tetapi mentega juga boleh dijadikan ubat sakit mulut atau barah mulut dengan menyapukan mentega yang baru dibuka pada mulut yang sakit. Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan nampak hasilnya.
Thursday, September 21, 2006
Hilangkan Kesan Kuning Di Permukaan Bantal
Tompok-tompok kuning di permukaan bantal sering menjadi masalah untuk dihilangkan. Bagi mengatasinya anda boleh cuba petua ini. Sapukan bedak talkum di atas permukaan bantal tadi dan biarkan seketika, kemudian cucilah seperti biasa. Insya-Allah tiada lagi kesan kuning-kuning yang ditinggalkan.
Wednesday, September 13, 2006
Khasiat Daun Lidah Buaya
Jika anak terluka menyebabakan darah mengalir tidak henti, tindakan segera yang patut diambil ialah dengan menyapu lendir daun lidah buaya atau aleo vera. Lumurkan di bahagian terkena luka tersebut insya-Allah darah akan berhenti mengalir dan luka akan tertutup. Selain dariapda itu, daun lidah buaya juga dapat diguna sebagai perapi kulit dan juga merawat parut dan jerawat.
Monday, September 04, 2006
Putih Telur Rawat Kulit Melecur
Apabila ada anak kecil, ibu perlu lebih berhati-hati dengan keselamatan anak dalam rumah terutamnya di bahagian dapur. Dalam berhati-hati, anak masih ditimpa kemalangan, jangan panik. Salah satu kemalangan yang sering berlaku ialah terkena air panaas atau minyak panas. Yang lazim kita gunakan ialah ubat gigi atau krim (ubat) untuk menghilangkan lecur pada kulit atau tangan anak. Petua saya, ambil sebiji atau dua biji telur ayam, pecah ambil putih telur sahaja kemudian sapukan putih telur itu pada kulit yang melecur, sapukan rata-rata. Ulangkan sehingga kulit merasa sejuk. Anda akan lihat tiada kesan langsung pada kulit yang melecur tadi.
Sunday, September 03, 2006
MADU DAN LIMAU NIPIS HILANGKAN BATUK

Sebelum mendapat rawatan doktor, anda boleh mengamalkan petua ini jika anak batuk. Ambil sebiji limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah asli. Beri anak minum. Ia boleh diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Bagi ibu bapa yang menggunakan tenaga fizikal setiap hari, amalkan makan telur separuh masak bersama-sama campuran madu ini. Insya Allah kita akan sentiasa rasa bertenaga.
Thursday, August 31, 2006
Petua Apabila Tubuh merasa sakit
kali x3بسم آلله
آعؤز بآلله وقدرته
من شر مآ آجد وآحآ زر
dibaca 7 kali
'Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari kejelekan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti'
Sifat-sifat Lelaki Idaman
- Segak dan Kemas
- Pandai pamerkan kasih sayang
- Wajah pendidik
- Banyak Ilmu
- Tidak terlalu ego atau mementingkan diri sendiri
- Pemurah dan baik hati
- Pandai berjenaka
- Tiada prasangka
Sifat-sifat Isteri Idaman
- Menjaga akhlak yang mulia dan tinggi pekerti
- Menjaga kecantikan zahir dan batin
- Keanak-anakan dan suka dibelai (Ia merupakan satu keistimewaan kepada kaum wanita disebabkan hormannya memang begitu)
- Pandai kepada tahap intelektual yang tinggi tetapi tidak menunjuk-nunjuk)
- Memahani mengikut kepada situasi dan pandai mengambil hati serta suka bertanyakan khabar
- Tidak terlalu cerewet
- Kesamaan yang bermakna

